Untuk memuat turun kandungan dan menggunakan perkhidmatan TomTom, anda memerlukan akaun TomTom.
Anda boleh mencipta akaun menggunakan komputer anda dalam salah satu cara yang berikut:
Secara alternatif, anda boleh mencipta akaun pada Rider anda dengan memilih Traffic & Kamera Kelajuan atau Traffic & Zon Bahaya bagi kali pertama dalam Menu Utama peranti navigasi anda. Untuk menggunakan kaedah ini, Rider anda perlu sentiasa bersambung atau disambungkan menggunakan telefon anda.
Penting: Berhati-hati apabila memilih negara semasa penciptaan akaun. Negara yang betul diperlukan jika anda membuat pembelian daripada kedai TomTom dan ia tidak boleh ditukar selepas akaun telah dicipta.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu peranti navigasi TomTom yang sedang digunakan, anda memerlukan akaun yang berasingan bagi setiap peranti.