Sesetengah peranti navigasi TomTom menggunakan telefon anda untuk menyambung kepada perkhidmatan TomTom agar anda boleh menerima TomTom Traffic dan amaran keselamatan masa nyata serta melakukan penyegerakan menggunakan TomTom MyDrive. Telefon anda perlu serasi dengan peranti navigasi dan anda mesti mempunyai pelan data daripada pembekal perkhidmatan mudah alih. Pergi ke tomtom.com/connect untuk maklumat lanjut.
Menggunakan perkhidmatan TomTom bermakna bahawa data dihantar dan diterima dengan telefon anda menggunakan pembekal perkhidmatan mudah alih anda.
Penting: Anda mungkin perlu menanggung kos tambahan apabila anda menggunakan Internet pada telefon anda, terutamanya jika anda berada di luar kawasan yang diliputi oleh pelan data anda. Semak dengan pembekal perkhidmatan mudah alih anda untuk maklumat lanjut.