Panggilan bebas tangan

Anda boleh menerima panggilan masuk dan membuat panggilan kepada kenalan dalam senarai kenalan telefon anda dan kepada kenalan terkini anda. Apabila anda menyambungkan telefon anda pada TomTom Rider anda, kenalan anda akan ditunjukkan pada Rider anda.

Untuk membuat panggilan bebas tangan, mula-mula anda perlu menyambungkan set kepala dan telefon anda pada Rider anda.

Menerima panggilan masuk

Pada skrin, pilih butang hijau untuk menerima panggilan.

Petua: Sedikit masa diperlukan untuk menyegerakkan semua kenalan telefon anda. Oleh itu, jika anda menerima panggilan serta-merta selepas persediaan, anda mungkin tidak akan melihat ID pemanggil.

Menamatkan atau menolak panggilan masuk

Pada skrin, pilih butang merah untuk menamatkan atau menolak panggilan.

Membuat panggilan bebas tangan kepada kenalan terkini

  1. Dalam Menu Utama, pilih Telefon.

    Senarai kenalan terkini anda ditunjukkan pada Rider anda.

  2. Pilih kenalan terkini daripada senarai.

    Kenalan anda dan telefon nombor akan ditunjukkan pada Rider anda.

  3. Pilih butang telefon untuk membuat panggilan kepada kenalan anda.
  4. Pilih butang berwarna merah untuk menamatkan panggilan.

Membuat panggilan bebas tangan kepada kenalan

  1. Dalam Menu Utama, pilih Telefon.

    Senarai kenalan telefon anda ditunjukkan pada Rider anda.

  2. Pilih Ketik di sini untuk mencari kenalan di bahagian atas senarai kenalan terkini.

    Senarai kenalan anda ditunjukkan pada Rider anda.

  3. Pilih kenalan daripada senarai atau pilih Masukkan nama kenalan untuk mencari kenalan.

    Nota: Carian hanya akan mencari bahagian pertama perkataan atau nama, seperti "smith" akan mencari "smithson" dan bukannya "locksmith".

    Kenalan anda dan telefon nombor akan ditunjukkan pada Rider anda.

  4. Pilih butang telefon untuk membuat panggilan kepada kenalan anda.
  5. Pilih butang berwarna merah untuk menamatkan panggilan.