Anda boleh menggunakan telefon pintar anda untuk membuat dan menerima panggilan bebas tangan daripada TomTom Rider anda. Ini menjadikan penunggangan dengan Rider anda seselamat mungkin.
Menyambungkan telefon anda untuk kali pertama menggunakan Bluetooth
Nota: Jika anda ingin menggunakan panggilan bebas tangan, anda perlu menyambungkan set kepala terlebih dahulu.
Apabila telefon anda disambungkan, Rider anda akan mengimport sejarah panggilan dan kenalan telefon anda.
Memutuskan sambungan telefon anda
Anda boleh memutuskan sambungan telefon anda dengan cara berikut.
Kenalan dan sejarah panggilan anda disimpan untuk sementara waktu pada Rider anda dan akan dibuang secara automatik 10 minit selepas anda memutuskan sambungan telefon anda. Apabila anda mematikan atau mengeset semula Rider anda, kenalan dan sejarah panggilan anda akan dibuang secara automatik.
Menyambungkan semula telefon anda
Telefon anda akan disambungkan secara automatik apabila anda menghidupkan Rider anda dan menghidupkan Bluetooth pada telefon anda. Rider anda akan mengimport sejarah panggilan dan kenalan telefon anda sekali lagi, termasuklah semua kemas kini.