Perkhidmatan TomTom memberi anda maklumat masa nyata tentang lalu lintas dan kamera kelajuan pada laluan anda.
Peranti Disambungkan Dengan Telefon Pintar menggunakan pelan data telefon pintar anda yang sedia ada untuk mengakses TomTom Traffic serta perkhidmatan lain seperti Kamera Kelajuan TomTom dengan menyambung kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth®. Layari tomtom.com/connect untuk maklumat lanjut.
Untuk mendapatkan perkhidmatan TomTom pada Rider anda, anda memerlukan item berikut:
Menggunakan perkhidmatan TomTom bermakna bahawa data dihantar dan diterima dengan telefon anda menggunakan pembekal perkhidmatan mudah alih anda.
Penting: Anda mungkin perlu menanggung kos tambahan apabila anda menggunakan Internet pada telefon anda, terutamanya jika anda berada di luar kawasan yang diliputi oleh pelan data anda. Semak dengan pembekal perkhidmatan mudah alih anda untuk maklumat lanjut.
Nota: Perkhidmatan TomTom tidak tersedia di semua negara atau rantau, dan bukan semua perkhidmatan tersedia di semua negara atau rantau. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang tersedia di setiap rantau, pergi ke tomtom.com/services.