Mengimport fail GPX trek

Fail GPX (format pertukaran GPS)

Fail GPX mengandungi rakaman laluan yang sangat terperinci, termasuk sebarang lokasi yang jalannya tidak rata. Fail GPX mungkin mengandungi, contohnya, laluan pelancongan atau laluan tetap pilihan. Anda boleh mencari koleksi fail GPX di Internet dan memuat naik ke Laluan Saya menggunakan TomTom MyDrive pada pelayar web. Fail GPX menjadi trek selepas import.

Trek mempunyai titik permulaan dan akhir tetapi tiada hentian, dan terdapat laluan bergantung pada peta yang tetap di antara titik ini. Peranti anda mengikut laluan tetap ini setepat yang mungkin. Anda boleh mengedit trek menggunakan MyDrive.

Menggunakan fail GPX

Anda menggunakan MyDrive pada komputer anda untuk mengimport fail trek .GPX ke peranti TomTom anda. Trek disimpan dalam menu Laluan Saya. Peranti anda akan menavigasi sepanjang trek GPX dan tidak akan menawarkan untuk merancang semula laluan anda walaupun laluan lebih cepat tersedia.

Mengimport fail GPX trek

Nota: TomTom Rider anda memerlukan sekurang-kurangnya 400 MB ruang bebas sebelum boleh mengimport fail .OV2 dan .GPX. Jika anda melihat  mesej Anda memerlukan lebih banyak ruang, wujudkan ruang dengan memadamkan fail .OV2 atau .GPX yang tidak diingini menggunakan MyDrive atau memadamkan kandungan peranti, contohnya peta yang anda tidak gunakan.

Untuk mengimport fail .GPX menggunakan MyDrive, lakukan perkara berikut:

  1. Sambungkan TomTom Rider anda pada komputer anda menggunakan MyDrive Connect.
  2. Dalam MyDrive, pilih Laluan Saya.
  3. Pilih Import Fail GPX dan layari ke fail trek .GPX anda.

    Petua: Nama fail trek dalam Laluan Saya akan kekal sama dengan nama fail .GPX. Edit nama fail agar anda dapat mengenalinya dengan mudah dalam Laluan Saya.

    Trek baru anda ditunjukkan dalam senarai Laluan Saya.

  4. Pilih laluan dan pastikan Segerakkan laluan ini sebagai trek dengan peranti saya didayakan.
  5. Tunggu fail trek dimuat naik ke TomTom Rider anda.
  6. Buka Laluan Saya.

    Trek anda yang diimport ditunjukkan dalam senarai Laluan Saya anda.