TomTom MyDrive merupakan cara mudah untuk menetapkan destinasi, berkongsi lokasi dan kegemaran dan menyimpan maklumat navigasi peribadi anda. MyDrive menyegerakkan TomTom Rider anda menggunakan akaun TomTom anda. Anda boleh menggunakan MyDrive dalam pelayar web pada komputer atau sebagai aplikasi mudah alih pada telefon pintar atau tablet.
Penting: Untuk menggunakan TomTom MyDrive, anda memerlukan peranti navigasi yang serasi.
Gunakan TomTom MyDrive untuk melakukan yang berikut:
Cari destinasi pada peta MyDrive dan hantarkannya ke TomTom Rider anda. Anda boleh memandu ke destinasi dan ia juga disimpan dalam Tempat Saya dan dalam Destinasi Terkini dalam Menu Utama.
Rancang laluan dengan hentian pada peta MyDrive dan hantarkannya ke TomTom Rider anda.
Segerakkan fail senarai POI komuniti daripada peta MyDrive ke TomTom Rider anda. Senarai POI disimpan dalam Tempat Saya dan lokasi ditunjukkan pada peta.
Cari POI dalam MyDrive dan segerakkannya dengan TomTom Rider anda.
Simpan semua lokasi anda dalam Tempat Saya secara berterusan ke MyDrive. Anda boleh melihat semua lokasi Tempat Saya pada peta MyDrive.
Pulihkan lokasi Tempat Saya dan POI secara automatik daripada MyDrive ke TomTom Rider anda selepas set semula.
Untuk mengaktifkan MyDrive pada TomTom Rider, anda mesti menyambung kepada perkhidmatan TomTom.
Penting: Pada model peranti START 42/52, START 40/50/60 dan GO 51/61, skrin sengaja dimalapkan apabila anda menyambung peranti anda kepada komputer anda.