Pilih Tetapan dalam Menu Utama, kemudian pilih Rupa.
Pada skrin ini, anda boleh menukar tetapan berikut:
Pilih Paparan untuk menukar rupa paparan.
Pilih Bar laluan untuk menukar maklumat yang anda lihat dalam bar laluan.
Pilih Tunjukkan senarai POI pada peta untuk memilih senarai POI yang ingin anda tunjukkan pada peta.
Nota: Tunjukkan senarai POI pada peta tidak tersedia pada semua peranti navigasi TomTom atau aplikasi.
Pilih Pandangan panduan untuk menukar maklumat yang anda lihat dalam pandangan panduan.
Pilih Zum Automatik untuk menukar cara anda melihat persimpangan semasa anda memandu.
Pilih Pratonton jalan keluar lebuh raya untuk menukar cara anda melihat jalan keluar lebuh raya atau persimpangan pada laluan anda.
Secara lalai, penukaran pandangan automatik dihidupkan. Ini bermakna, contohnya, bahawa TomTom Rider anda menunjukkan pandangan peta apabila laluan alternatif dicadangkan, bersama-sama dengan beberapa set keadaan yang lain. Juga, contohnya, bahawa TomTom Rider anda menunjukkan pandangan panduan apabila anda mula memandu dan anda mula memecut. Pilih tetapan ini jika anda ingin mematikan penukaran automatik antara pandangan panduan dengan pandangan peta.