Menggunakan senarai POI komuniti

Anda boleh menemui koleksi POI pada Internet dan menggunakannya dengan menyimpan koleksi tersebut pada kad SD disokong yang anda masukkan dalam peranti. Koleksi POI mungkin mengandungi tapak perkhemahan atau restoran bagi kawasan yang anda pergi dan menyediakan cara mudah untuk memilih lokasi tanpa perlu mencari lokasi setiap kali.

Petua: Sesetengah Peranti navigasi TomTom mempunyai senarai POI yang diprapasang.

TomTom Rider menggunakan fail .OV2 untuk koleksi POI.

Menggunakan fail .OV2 pada TomTom Rider anda

  1. Salin .OV2 pada kad SD yang disokong menggunakan PC.
  2. Pilih Tempat Saya dalam Menu Utama.

    Senarai POI anda yang baru ditunjukkan dalam senarai Tempat.

  3. Pilih senarai POI anda yang baru.

    Senarai POI anda yang baru akan dibuka dan menunjukkan semua POI dalam senarai.

    Petua: Untuk melihat lebih banyak hasil, sembunyikan papan kekunci atau tatal ke bawah senarai hasil.

    Petua: Anda boleh bertukar antara melihat hasil pada peta atau dalam senarai dengan memilih butang senarai/peta:

  4. Pilih POI daripada senarai atau pilih pandangan peta untuk melihat POI pada peta.
  5. Untuk merancang laluan ke destinasi ini, pilih Pandu.

    Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

Sentiasa tunjukkan lokasi senarai POI anda pada peta

  1. Pilih Rupa dalam menu Tetapan.
  2. Pilih Tunjukkan senarai POI pada peta.

    Anda akan melihat senarai semua POI yang disimpan pada TomTom Rider anda.

  3. Pilih senarai yang ingin anda sentiasa lihat pada peta anda.
  4. Pilih simbol untuk senarai POI anda.

  5. Kembali ke pandangan peta.
  6. Matikan TomTom Rider anda sepenuhnya, kemudian hidupkannya sekali lagi.

    Lokasi senarai POI anda ditunjukkan pada peta dengan simbol yang anda pilih.

Mengalih keluar lokasi senarai POI daripada peta

  1. Pilih Rupa dalam menu Tetapan.
  2. Pilih Tunjukkan senarai POI pada peta.

    Anda akan melihat senarai semua POI yang disimpan pada TomTom Rider anda.

  3. Pilih senarai POI yang ingin anda alih keluar daripada peta anda.

    Petua: Senarai POI ditandakan dengan simbol yang anda pilih.

  4. Pilih Jangan tunjukkan.
  5. Kembali ke pandangan peta.
  6. Matikan TomTom Rider anda sepenuhnya, kemudian hidupkannya sekali lagi.

    Lokasi senarai POI anda telah dialih keluar daripada peta.