Merancang laluan terlebih dahulu

Anda boleh merancang laluan terlebih dahulu sebelum anda melakukan perjalanan. Anda boleh menyimpan laluan sebagai sebahagian daripada senarai Laluan Saya.

Untuk merancang laluan terlebih dahulu, lakukan perkara yang berikut:

  1. Cari lokasi yang ingin anda gunakan sebagai titik permulaan.
  2. Pilih Tunjukkan pada Peta.
  3. Pilih butang menu muncul.

    Menu muncul menunjukkan senarai pilihan.

  4. Pilih Gunakan sebagai Titik Permulaan.
  5. Cari lokasi yang ingin anda gunakan sebagai destinasi anda.
  6. Pilih Tunjukkan pada Peta.
  7. Pilih Pandu pada menu muncul.

    Laluan anda dirancang menggunakan titik permulaan dan destinasi pilihan anda. Anggaran masa perjalanan ditunjukkan di bahagian atas bar laluan.

    Petua: Semua hentian, POI dan Tempat boleh dipilih sebagai titik permulaan menggunakan menu muncul masing-masing.

    Petua: Anda boleh menyimpan laluan dalam Laluan Saya.

  8. Untuk memandu ke titik permulaan, pilih Pandu di bahagian atas skrin.

    Titik permulaan laluan ditukar menjadi hentian pertama anda kemudian laluan dirancang. Panduan ke destinasi anda bermula dari lokasi semasa anda. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

Menukar titik permulaan menjadi lokasi semasa anda

  1. Pilih titik permulaan laluan dalam pandangan peta.
  2. Pilih butang menu muncul.

    Menu muncul menunjukkan senarai pilihan.

  3. Pilih Alih Keluar Titik Permulaan.

    Laluan anda dirancang semula dengan lokasi semasa anda sebagai titik permulaan. Titik permulaan asal dikeluarkan daripada laluan anda.

Menukar titik permulaan kepada hentian

  1. Pilih titik permulaan pada laluan dalam pandangan peta.
  2. Pilih butang menu muncul.

    Menu muncul menunjukkan senarai pilihan.

  3. Pilih Ubah kepada Hentian.

    Laluan anda dirancang semula dengan titik permulaan diubah kepada hentian.