Melihat lalu lintas pada peta

Insiden lalu lintas ditunjukkan pada peta. Jika beberapa insiden lalu lintas bertindih, insiden keutamaan tertinggi ditunjukkan - contohnya, penutupan jalan mempunyai keutamaan yang lebih tinggi daripada pembaikan jalan atau lorong ditutup.

Petua: Pilih insiden pada peta untuk melihat maklumat yang lebih terperinci.

  1. Insiden lalu lintas yang mempengaruhi laluan anda dalam arah perjalanan anda.

    Simbol atau nombor pada permulaan insiden menunjukkan jenis insiden atau kelewatan dalam minit, contohnya 5 minit.

    Warna insiden menunjukkan kelajuan lalu lintas relatif kepada kelajuan maksimum yang dibenarkan di lokasi tersebut, dengan warna merah paling perlahan. Jalur pada kesesakan lalu lintas juga dianimasikan untuk menunjukkan kelajuan lalu lintas, jika berkenaan.

    Untuk senarai lengkap jenis insiden, lihat Insiden lalu lintas.

  2. Insiden lalu lintas pada laluan anda tetapi berlawanan arah perjalanan.
  3. Insiden lalu lintas di jalan raya yang tidak dapat dilihat pada tahap zum semasa anda.