Mengimport laluan dan trek daripada kad memori

Anda boleh mengimport dua jenis fail daripada kad memori:

Fail ITN ialah fail jadual perjalanan TomTom. Pengguna lain boleh merakam fail jadual perjalanan dan berkongsi dengan anda atau anda boleh memuat turun kedua-dua alat fail ITN dan GPX seperti Tyre Pro.

Untuk mengimport satu atau lebih banyak laluan dan trek daripada kad memori, lakukan perkara berikut:

  1. Masukkan kad memori ke dalam slot kad pada TomTom Rider anda.

    Jika laluan ditemui pada kad memori anda, mesej pengesahan diberikan.

  2. Pilih Import Laluan.
  3. Pilih satu atau lebih banyak laluan daripada senarai pada kad memori anda untuk import.
  4. Pilih Import.

    Anda akan melihat mesej Mengimport trek. Laluan anda diimport ke dalam peranti anda.

  5. Apabila anda melihat mesej yang menyatakan bahawa laluan anda telah berjaya diimport, alih keluar kad memori anda.
  6. Untuk melihat laluan dan trek anda yang diimport, pilih Laluan Saya dalam Menu Utama.