Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengelakkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.
Untuk mencari stesen minyak, lakukan perkara berikut:
Peta terbuka menunjukkan lokasi stesen minyak.
Jika laluan dirancang, peta akan menunjukkan stesen minyak di sepanjang laluan anda. Jika laluan tidak dirancang, peta akan menunjukkan stesen minyak berhampiran lokasi semasa anda.
Anda boleh mengubah skrin untuk menunjukkan senarai stesen minyak dengan menekan butang ini:
Anda boleh memilih stesen minyak daripada senarai untuk mencarinya pada peta.
Petua: Anda boleh tatal ke bawah senarai hasil menggunakan bar tatal pada bahagian sebelah kanan skrin.
Jika anda ingin mengubah cara carian, pilih butang di sebelah kanan kotak carian. Anda kemudian boleh menukar tempat carian dilakukan, contohnya, untuk mencari berhampiran anda atau seluruh peta.
Menu muncul terbuka pada peta menunjukkan nama stesen minyak.
Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.
Petua: Anda boleh menambahkan stesen minyak sebagai hentian pada laluan anda menggunakan menu muncul. Stesen minyak yang merupakan hentian pada laluan anda mempunyai ikon biru.