Mencari tempat letak kereta

Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengelakkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.

Untuk mencari tempat letak kereta, lakukan perkara yang berikut:

  1. Pilih butang Menu Utama untuk membuka Menu Utama.

  2. Pilih Tempat letak kereta.

    Peta terbuka menunjukkan lokasi tempat letak kereta.

    Jika laluan dirancang, peta menunjukkan tempat letak kereta berhampiran destinasi anda. Jika laluan tidak dirancang, peta akan menunjukkan tempat letak kereta berhampiran lokasi semasa anda.

    Anda boleh mengubah skrin untuk menunjukkan senarai tempat letak kereta dengan menekan butang ini:

    Anda boleh memilih tempat letak kereta daripada senarai untuk mencarinya pada peta.

    Petua: Anda boleh tatal ke bawah senarai hasil menggunakan bar tatal pada bahagian sebelah kanan skrin.

    Jika anda ingin mengubah cara carian, pilih butang di sebelah kanan kotak carian. Anda kemudian boleh menukar tempat carian dilakukan, contohnya, untuk mencari berhampiran anda atau seluruh peta.

  3. Pilih tempat letak kereta daripada peta atau senarai.

    Menu muncul terbuka pada peta menunjukkan nama tempat letak kereta.

  4. Pilih Pandu.

    Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

    Petua: Anda boleh menambahkan tempat letak kereta sebagai hentian pada laluan anda menggunakan menu muncul.