Perihal TomTom Traffic

TomTom Traffic ialah perkhidmatan TomTom yang memberikan maklumat lalu lintas masa nyata.

Digabungkan dengan sejarah penggunaan jalan, TomTom Traffic membantu anda merancang laluan optimum ke destinasi anda dengan mengambil kira keadaan lalu lintas dan cuaca tempatan terkini.

TomTom Rider anda akan kerap menerima maklumat mengenai keadaan lalu lintas yang berubah-ubah. Jika kesesakan lalu lintas, hujan lebat, salji atau insiden lain didapati pada laluan semasa anda, Rider anda akan menawarkan perancangan semula laluan anda untuk cuba mengelakkan sebarang kelewatan.

Penting: Apabila anda menghampiri laluan alternatif yang lebih cepat, anda mendapatkan amaran dalam bar laluan dan anda boleh melihat laluan alternatif dalam kedua-dua pandangan panduan atau pandangan peta. Untuk menerima laluan yang lebih cepat, hanya hala ke laluan alternatif apabila anda menghampirinya dan peranti anda akan memilihnya.

Untuk mendapatkan perkhidmatan TomTom pada Rider anda, anda mesti disambungkan kepada perkhidmatan TomTom dan dilog masuk ke akaun TomTom.

Nota: Perkhidmatan TomTom tidak tersedia pada semua peranti.

Nota: Sesetengah perkhidmatan TomTom mungkin tidak tersedia di lokasi semasa anda.