Menggunakan POI untuk merancang laluan

Semasa anda merancang laluan, anda boleh menggunakan POI untuk destinasi.

Contoh berikut menunjukkan bagaimana untuk merancang laluan ke tempat letak kereta dalam bandar:

  1. Ketik Navigasi ke atau Pandu ke dalam Menu utama.
  2. Ketik Tempat Tumpuan.
  3. Ketik POI dalam bandar raya.

    Tip: POI terakhir yang anda lihat pada peranti TomTom anda juga ditunjukkan dalam menu.

  4. Masukkan nama bandar dan pilihnya semasa ia ditunjukkan dalam senarai.
  5. Ketik butang anak panah untuk mengembangkan senarai kategori POI.

    Tip: Jika anda sudah mengetahui nama POI yang anda ingin gunakan, anda boleh mengetik Cari mengikut nama untuk memasukkan nama dan memilih lokasi ini.

  6. Tatal ke bawah senarai dan ketik Tempat letak kereta.
  7. Tempat letak kereta yang berhampiran pusat bandar ditunjukkan di bahagian atas senarai.
  8. Senarai berikut menerangkan jarak yang ditunjukkan di sebelah setiap POI. Bagaimana jarak diukur berbeza bergantung pada bagaimana pada awalnya anda mencari POI:
  9. Ketik nama tempat letak kereta yang anda ingin gunakan dan ketik Selesai apabila laluan telah dikira.

Peranti anda mula untuk memberi panduan kepada anda ke tempat letak kereta.