Sediakan kenderaan anda

Sebelum anda boleh merancang laluan anda menggunakan jalan yang sesuai untuk jenis kenderaan anda, anda perlu terlebih dahulu memasukkan butiran untuk kenderaan atau gabungan kenderaan anda.

  1. Ketik Tetapan dalam Menu Utama.
  2. Ketik Kenderaan dan laluan, dan kemudian ketik Jenis kenderaan dan laluan.
  3. Ketik jenis kenderaan anda. Anda boleh memasukkan butiran bagi Kereta dengan karavan, Pekhemah dan Van.

    Nota: Butang Kereta membuka pilihan perancangan laluan.

  4. Pada skrin Profil kenderaan semasa, ketik Tukar.
  5. Masukkan berat, dimensi dan had kelajuan kenderaan. Tekan Seterusnya setiap kali untuk mengalih ke skrin seterusnya.

    Nota: Had kelajuan boleh berbeza di setiap negeri atau negara, dan berbeza untuk setiap jenis kenderaan. Anda hendaklah memasukkan had kelajuan bagi negara yang anda kunjungi.

    Penting: Dimensi dan berat karavan anda juga termasuk dimensi dan berat kereta anda.

  6. Dalam Elakkan lebuh raya, pilih sama ada anda hendak mengelakkan lebuh raya. Ketik Seterusnya.
  7. DalamSekatan dan amaran jalan mati, pilih sama ada anda hendak menerima amaran mengenai sekatan dan jalan mati. Ketik Seterusnya.

    Penting: Tetapkan pilihan ini kepadaYa jika anda memandu pekhemah besar atau semasa menarik karavan. Pilihan ini menghalang anda daripada memandu ke dalam situasi yang sukar, seperti tempat yang sukar untuk belok, atau yang mempunyai sekatan yang tinggi. Anda hanya menerima amaran sekatan dan jalan mati apabila anda memandu tanpa laluan dirancang.

  8. Tetapkan Tetapan perancangan semula.

    Nota: Tetapan ini hanya tersedia jika peranti anda mempunyai sama ada langganan lalu lintas atau Penerima RDS-TMC. Maklumat lalu lintas tidak terdapat di semua negara atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan maklumat lalu lintas TomTom, pergi ke tomtom.com/services

    Tetapkan sama ada anda inginkan peranti navigasi anda untuk merancang semula laluan semasa jika laluan lebih cepat ditemui semasa anda memandu. Ini berguna jika lalu lintas bertambah sibuk atau semakin lengang lebih jauh pada laluan anda. Pilih antara tetapan-tetapan berikut:

    Ketik Seterusnya.

  9. Dalam Tetapan maklumat peta, tetapkan sama ada anda ingin diberi amaran jika laluan anda melepas kawasan di mana peta anda mengandungi maklumat terhad. Ketik Selesai.