Saluran Mesej Lalu Lintas (Traffic Message Channel - TMC), juga dikenali sebagai RDS-TMC, menghantarkan maklumat lalu lintas sebagai isyarat radio dan disediakan secara percuma di kebanyakan negara.
TMC bukan Perkhidmatan TomTom, tetapi boleh didapati apabila menggunakan Penerima Lalu Lintas RDS-TMC TomTom.
Nota: TomTom tidak bertanggungjawab di atas kebolehsediaan atau kualiti maklumat lalu lintas yang disediakan oleh Saluran Mesej Lalu Lintas.
Saluran Mesej Lalu Lintas (TMC) tidak terdapat di semua negara. Untuk menyemak kebolehsediaan perkhidmatan TMC di negara anda, pergi ke tomtom.com/5826.