Notis dan Amaran Keselamatan Penting
Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan Sistem Satelit Navigasi Global (GLONASS)
Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan Sistem Satelit Navigasi Global (GLONASS) ialah sistem berasaskan satelit yang memberikan maklumat lokasi dan masa di seluruh dunia. GPS dikendalikan dan dikawal oleh Kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk ketersediaan dan ketepatannya. GLONASS dikendalikan dan dikawal oleh Kerajaan Rusia yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk ketersediaan dan ketepatannya. Perubahan dalam ketersediaan dan ketepatan GPS atau GLONASS, atau dalam keadaan persekitaran boleh memberi kesan kepada operasi peranti ini. TomTom menafikan sebarang liabiliti atas ketersediaan dan ketepatan GPS atau GLONASS.
Mesej keselamatan
Penting! Baca sebelum penggunaan!
Kematian atau cedera parah mungkin berlaku akibat daripada kegagalan atau kegagalan separa untuk mengikuti amaran dan arahan ini. Kegagalan untuk menyediakan, menggunakan dan menjaga peranti ini dengan sewajarnya boleh meningkatkan risiko cedera parah atau kematian, atau kerosakan pada peranti.
Gunakan dengan cermat
Anda bertanggungjawab untuk menggunakan pertimbangan terbaik, kecermatan dan perhatian semasa menggunakan peranti ini. Jangan benarkan interaksi dengan peranti ini untuk mengalihkan perhatian anda semasa pemanduan. Minimumkan masa melihat skrin peranti semasa memandu. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang yang mengehadkan atau melarang penggunaan telefon mudah alih atau peranti elektronik lain, contohnya, keperluan untuk menggunakan pilihan bebas tangan bagi membuat panggilan semasa memandu. Sentiasa patuh kepada undang-undang dan tanda-tanda jalan raya, terutamanya yang berkaitan dengan dimensi, berat dan jenis muatan kenderaan anda.TomTom tidak menjamin pengendalian bebas ralat bagi peranti ini atau ketepatan cadangan laluan yang diberikan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penalti yang timbul akibat kegagalan anda mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Notis untuk kenderaan terlalu besar/komersial
Peranti yang tidak dipasang peta trak tidak akan memberikan laluan yang bersesuaian untuk kenderaan terlalu besar/komersial. Jika kenderaan anda tertakluk pada berat, dimensi, kelajuan, laluan atau sekatan lain pada jalan raya awam, maka anda mesti hanya menggunakan peranti yang telah dipasang peta trak. Spesifikasi kenderaan anda mestilah dimasukkan dengan tepat pada peranti. Gunakan peranti ini sebagai pembantu navigasi sahaja. Jangan gunakan arahan navigasi yang boleh membahayakan anda dan pengguna jalan raya lain. TomTom tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berpunca daripada kegagalan anda mematuhi notis ini.
Pelekapan yang betul
Jangan lekapkan peranti dengan cara yang boleh menghalang pandangan jalan raya anda atau keupayaan anda mengawal peranti. Jangan letakkan peranti di kawasan yang boleh menghalang penggunaan beg udara atau sebarang ciri keselamatan lain bagi kenderaan anda.
Perentak Jantung
Pengilang perentak jantung mengesyorkan minimum 15cm (6 inci) dikekalkan di antara peranti wayarles pegangan tangan dan perentak jantung untuk mengelakkan kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Pengesyoran ini adalah selaras dengan penyelidikan dan pengesyoran bebas oleh Wireless Technology Research. Garis panduan untuk orang yang memakai perentak jantung:
Peranti perubatan lain
Sila rujuk pakar perubatan atau pengilang peranti perubatan, untuk menentukan jika pengendalian produk wayarles anda mungkin mengganggu peranti perubatan.
Penggunaan sistem audio
Anda dinasihati untuk menggunakan ciri TomTom Rider yang memerlukan sistem audio (iaitu arahan belok demi belok bersuara, pemberitahuan telefon pintar) hanya dengan sistem audio terbina dalam topi keledar Bluetooth® yang bersesuaian. Sentiasa rujuk keperluan undang-undang dan keselamatan tempatan sebelum memilih sistem audio untuk peranti anda. Pemandu bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi undang-undang ini dan menggelakkan perhatian diganggu semasa berada di atas jalan raya.
Tahan air
Tahan air (IPX 7) jika disimpan, digunakan dan dilekap dengan betul. Jangan rendamkan dalam air.
Arahan pengendalian:
TomTom Rider ialah peranti navigasi yang memberikan panduan menggunakan GPS dan sistem satelit GLONASS. Menjaga peranti anda dengan baik adalah penting: