Amaran diberi 10 saat sebelum anda tiba di zon bahaya atau zon berisiko. Anda diberi amaran dengan beberapa cara:
Simbol ditunjukkan dalam bar laluan dan di laluan anda pada peta.
Jarak anda ke permulaan zon ditunjukkan dalam bar laluan.
Had kelajuan dalam zon ditunjukkan dalam bar laluan.
Anda mendengar bunyi amaran apabila anda menghampiri permulaan zon.
Semasa anda menghampiri zon atau memandu di dalam zon, kelajuan anda dipantau. Jika anda memandu lebih daripada 5 km/j atau 3 btj melebihi had kelajuan, bar laluan menjadi merah. Jika anda memandu kurang daripada 5 km/j atau 3 btj melebihi had kelajuan, bar laluan menjadi jingga.
Semasa anda sedang memandu di dalam zon, jarak anda ke penghujung zon ditunjukkan dalam bar laluan.
Bunyi amaran dimainkan bagi jenis zon ini:
Simbol ditunjukkan pada peta
Simbol ditunjukkan dalam bar laluan
Perihalan
Zon bahaya - jenis amaran ini hanya diberikan di Perancis.
Anda diberi amaran pada permulaan dan penghujung zon bahaya.
Zon berisiko - jenis amaran ini hanya diberikan di Perancis.
Anda diberi amaran pada permulaan dan penghujung zon berisiko.
Anda boleh menukar cara anda menerima amaran tentang zon bahaya dan berisiko.