Menerima panggilan masuk

  1. Pada skrin, pilih butang hijau untuk menerima panggilan.

    Petua: Sedikit masa diperlukan untuk menyegerakkan semua kenalan telefon anda. Oleh itu, jika anda menerima panggilan serta-merta selepas persediaan, anda mungkin tidak akan melihat ID pemanggil.

    Penting: Cara anda menjawab panggilan bergantung pada ciri yang tersedia pada telefon atau set kepala anda. Contohnya, jika set kepala anda mempunyai kawalan suara, anda mungkin akan dapat menjawab panggilan dengan menyebutkan sesuatu atau membuat bunyi. Jika set kepala anda tiada kawalan suara, tekan butang hijau pada TomTom Rider anda atau butang pada set kepala semasa anda menunggang.

    Rujuk manual set kepala atau telefon anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  2. Apabila panggilan anda selesai, tekan butang merah pada TomTom Rider anda atau gunakan kawalan pada telefon atau set kepala anda.