Insiden Lalu lintas

Insiden dan amaran lalu lintas ditunjukkan pada peta, dalam Pandangan Pemanduan dan pada bar sisi Lalu lintas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insiden, ketik Lihat Peta dalam Menu Utama. Ketik pada simbol insiden lalu lintas pada peta untuk melihat maklumat mengenai insiden itu. Untuk memaparkan maklumat tentang insiden di sekitar gunakan anak panah kiri dan kanan di bahagian bawah skrin ini.

Terdapat dua jenis isyarat insiden dan amaran:

Simbol insiden lalu lintas:

Kemalangan

Pembaikan jalan

Satu atau lebih lorong ditutup

Jalan raya ditutup

Insiden Lalu lintas

Kesesakan lalu lintas

Simbol berkaitan cuaca:

Kabus

Hujan

Angin

Ais

Salji

Nota: Simbol mengelakkan insiden adalah ditunjukkan untuk sebarang insiden lalu lintas yang anda elakkan menggunakan perkhidmatan lalu lintas.