Tunjukkan destinasi kerap saya

Anda boleh menetapkan peranti TomTom anda untuk bertanya jika anda ingin merancang laluan ke salah satu destinasi kerap anda, setiap kali peranti dihidupkan.

Untuk menukar tetapan ini, lakukan yang berikut:

  1. Ketik Muladi dalam menu Tetapan dan kemudian pilih Tanya destinasi.
  2. Ketik Ya, kemudian ketik Ya sekali lagi untuk mula memasukkan maklumat tentang destinasi.
  3. Pilih satu simbol untuk destinasi dan ketik Selesai untuk menetapkan simbol, kemudian ketik Ya.

    Tip: Untuk menambah destinasi baru, pilih salah satu simbol bernombor dan masukkan nama untuk butang destinasi baru.

  4. Ketik Ya dan jika perlu masukkan nama baru, kemudian ketik Selesai.
  5. Masukkan butiran alamat dengan cara yang sama anda masukkan alamat semasa merancang laluan, kemudian ketik Selesai.
  6. Jika anda ingin menetapkan lebih banyak destinasi, ulangi langkah di atas. Jika tidak, ketik Selesai.
  7. Anda akan ditanya jika anda ingin menukar imej permulaan.
  8. Jika anda ingin menukar imej, ketik Yakemudian, ikut arahan yang ditunjukkan pada skrin. Jika tidak, ketik Tidak.

Setiap kali peranti anda dihidupkan, anda akan ditanya jika anda ingin merancang laluan. Jika anda mengetik Batal, Pandangan Pemanduan terbuka.