Menetapkan amaran untuk POI

Anda boleh menetapkan bunyi amaran untuk dimainkan apabila anda menghampiri jenis POI yang dipilih, seperti stesen minyak.

Contoh berikut akan menunjukkan bagaimana untuk menetapkan bunyi amaran untuk dimainkan semasa anda berada 250 meter dari stesen minyak.

  1. Ketik Urus POIs dan kemudian Beri amaran bila hampir POI di dalam menu Tetapan.
  2. Tatal ke bawah senarai dan ketik Stesen minyak.

    Tip: Untuk mengeluarkan amaran, ketik pada nama kategori dan kemudian, ketik Ya. Kategori POI yang telah ditetapkan dengan amaran mempunyai simbol bunyi di sebelah nama kategori.

  3. Tetapkan jarak sebagai 250 meter dan ketik OK.
  4. Pilih Kesan bunyi dan kemudian, ketik Seterusnya.
  5. Pilih bunyi amaran untuk POI dan kemudian, ketik Seterusnya.
  6. Jika anda hanya ingin mendengar amaran apabila POI berada tepat pada laluan yang dirancang, pilih Beri amaran hanya jika POI berada pada laluan. Kemudian, ketik Selesai.

    Amaran ditetapkan untuk kategori POI yang dipilih. Anda akan mendengar bunyi amaran apabila anda berada 250 meter dari stesen minyak pada laluan anda.