Untuk bersedia menggunakan MyDrive bagi kali pertama, lakukan yang berikut:
Ikuti arahan pada skrin.
Nota: Gunakan kabel USB yang dibekalkan dengan peranti anda SAHAJA. Kabel USB yang lain mungkin tidak berfungsi.

Nota: Anda hendaklah memasang kabel USB terus kepada port USB pada komputer anda dan bukan kepada hab USB atau port USB pada papan kekunci atau monitor.
Apabila persediaan selesai, akaun MyTomTom dicipta dan peranti navigasi anda dipautkan kepada akaun tersebut.
Anda kini boleh mengakses MyDrive Connect daripada kawasan pemberitahuan pada desktop anda.
![]()
MyDrive bermula secara automatik selepas akaun dicipta.
Nota: Apabila anda ingin mengakses MyDrive kali seterusnya, pergi ke tomtom.com/mydrive di dalam pelayar web.
Tip: Apabila anda menyambung peranti navigasi anda ke komputer anda, MyDrive Connect memberitahu anda jika terdapat sebarang kemas kini untuk peranti anda.