Merancang perjalanan menggunakan suara anda

Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengurangkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.

Nota: Tidak dapat merancang laluan menggunakan suara anda untuk semua peta di semua negara, atau dalam semua bahasa.

Untuk merancang laluan ke alamat menggunakan pertuturan, lakukan yang berikut:

  1. Ketik butang kawalan suara dalam pandangan Pemanduan.

  2. Apabila anda mendengar bunyi bip, sebutkan, "Navigasi ke alamat" atau "Pandu ke alamat".

    Tip: Peranti anda mempunyai sama ada Navigasi ke atau Pandu ke pada butang dalam Menu Utama. Apabila merancang laluan ke suatu alamat menggunakan pertuturan, sebutkan "Navigasi ke alamat" jika butang menunjukkan Navigasi ke atau "Pandu ke alamat" jika butang menunjukkan Pandu ke.

  3. Sebutkan nama bandar.

    Peranti anda menunjukkan senarai bandar yang bunyinya sama dengan apa yang anda katakan dan memberitahu anda bandar mana berada di atas senarai.

    Jika bandar yang anda dengar sama dengan bandar yang anda minta, kemudian, sebut, "Selesai" atau "OK" atau "Ya" atau "Satu" atau ketik bandar di atas senarai.

    Jika bandar yang anda dengar salah, tetapi, bandar yang betul berada dalam senarai, sebut nombor di sebelah bandar yang betul atau ketik nama bandar.

    Contohnya, jika bandar yang betul adalah Rotterdam dan bandar ini ditunjukkan pada item ketiga dalam senarai, anda boleh sebut, "Tiga" atau ketik nama, Rotterdam.

    Jika nama tersebut tidak ada di dalam senarai, kemudian sebutkan "Balik" atau "Tidak" atau ketik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya dan sebutkan nama bandar semula apabila anda mendengar bunyi bip.

  4. Sebutkan nama jalan.

    Peranti anda menunjukkan senarai nama jalan yang bunyinya sama dengan apa yang anda katakan dan memberitahu anda nama jalan berada di atas senarai.

    Jika nama jalan yang anda dengar sama dengan nama jalan yang anda minta, kemudian, katakan, "Selesai" atau "OK" atau "Ya" atau "Satu" atau ketik nama jalan di atas senarai.

    Tip: Lokasi berbeza mungkin mempunyai nama yang sama, seperti jalan yang mempunyai beberapa poskod. Apabila ini berlaku, anda perlu melihat pada skrin dan ketik lokasi yang betul.

    Jika nama jalan yang anda dengar salah, tetapi, bandar yang betul berada dalam senarai, katakan nombor di sebelah nama jalan yang betul atau ketik nama jalan dalam senarai.

    Jika nama jalan tidak ditunjukkan di dalam senarai, sebutkan "Balik" atau "Tidak" atau ketik Balik untuk kembali ke skrin sebelumnya kemudian sebutkan nama jalan semula apabila anda mendengar bunyi bip.

  5. Sebut nombor rumah.

    Penting: Nombor perlu dikatakan dalam bahasa yang sama seperti butang nama dan menu pada peranti anda.

    Nombor perlu disebut dengan cara yang sama anda biasanya sebut nombor, dalam satu ayat berterusan. Maka, 357 disebut, "Tiga ratus lima puluh tujuh".

    Jika nombor ditunjukkan dengan betul, sebut, "Selesai" atau "OK" atau ketik papan kekunci untuk memasukkan nombor.

    Jika nombor ditunjukkan dengan betul, sebut, "Balik" atau "Tidak" atau ketik kekunci Backspace dan ulang nombor.

    Tip: Jika anda sebut, "Balik" apabila tiada nombor pada skrin, peranti anda akan membawa anda kembali ke skrin sebelumnya.

    Apabila nombor ditunjukkan dengan betul, sebut, "Selesai" atau "OK". Secara alternatif, masukkan nombor dengan mengetik skrin.

  6. Apabila laluan telah dikira dan ringkasan laluan ditunjukkan, ketik Selesai.

Peranti anda mula memandu anda ke destinasi anda, dengan menggunakan arahan bersuara dan arahan pada skrin.