Mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden

Untuk menyemak kelewatan pada laluan anda, ketik bar sisi lalu lintas. Peranti navigasi anda menunjukkan ringkasan mengenai kelewatan lalu lintas pada laluan anda.

Jumlah termasuk sebarang kelewatan disebabkan oleh insiden lalu lintas dan yang disebabkan oleh jalan yang sibuk, dengan maklumat diberikan oleh IQ Route.

Ketik Minimumkan kelewatan untuk menyemak jika anda boleh mengurangkan kelewatan. Ketik Pilihan untuk membuka menu Lalu lintas.

Nota: Anda juga boleh mengakses skrin Tunjukkan lalu lintas pada laluan dengan mengetik kawasan lalu lintas bagi tab ringkasan Laluan LIVE.

Ketik butang anak panah kiri dan kanan untuk bergerak melalui setiap insiden satu demi satu, dengan melihat butiran setiap satu. Ini termasuk jenis insiden, contohnya kerja pembinaan jalan, dan tempoh kelewatan akibat insiden ini.

Anda juga boleh mengakses butiran mengenai satu-satu insiden dengan mengetik Lihat peta dalam Menu Utama lalu mengetik simbol insiden lalu lintas.

Apabila ditunjukkan pada peta, insiden lalu lintas bermula dengan ikon. Jika terdapat baris giliran lalu lintas, arah insiden adalah dari ikon ke hujung lagi satu.