Kegemaran

Kegemaran

Ketik butang ini untuk menambah, menamakan semula atau memadam Kegemaran.

Kegemaran memberikan cara yang mudah untuk memilih lokasi tanpa perlu memasukkan alamat. Ia tidak perlu menjadi tempat kegemaran, ia boleh dilihat sebagai koleksi alamat berguna.

Untuk membuat Kegemaran baru, ketik Tambah. Kemudian, masukkan alamat lokasi dengan cara yang sama anda memasukkan alamat semasa anda merancang laluan.

Untuk melihat atau menukar Kegemaran sedia ada, ketik salah satu item dalam senarai. Untuk melihat lebih banyak Kegemaran pada peta, ketik butang kiri atau kanan.