Tip: Untuk mendapatkan bantuan tentang menguruskan POI pihak ketiga, cari "POI pihak ketiga" d: tomtom.com/support.
Setiap POI perlu ditetapkan kepada satu kategori POI. Ia bermaksud anda perlu membuat sekurang-kurangnya satu kategori POI sebelum anda boleh membuat POI pertama anda.
Anda hanya boleh menambah POI pada kategori POI yang anda telah buat.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai membuat kategori POI, baca Mengurus POI.
POI dibuat dan disimpan dalam kategori yang dipilih.
Rumah |
Ketik butang ini untuk menetapkan lokasi Rumah anda sebagai POI. Ini adalah berguna jika anda memutuskan untuk menukar lokasi Rumah anda, tetapi, terlebih dahulu ingin membuat POI menggunakan alamat Rumah semasa. |
Kegemaran |
Ketik butang ini untuk membuat POI dari Kegemaran. Anda mungkin ingin membuat POI dari Kegemaran kerana anda hanya boleh membuat bilangan terhad bagi Kegemaran. Jika anda mahu membuat lebih banyak Kegemaran, anda perlu memadamkan beberapa Kegemaran terlebih dahulu. Untuk mengelakkan kehilangan Kegemaran, simpan lokasi sebagai POI sebelum anda memadam Kegemaran. |
Alamat |
Ketik butang ini untuk menambah alamat sebagai POI baru. Apabila anda memasukkan alamat, anda boleh memilih daripada empat opsyen.
|
Destinasi terkini |
Ketik butang ini untuk memilih lokasi POI dari senarai tempat yang anda gunakan sebagai destinasi baru-baru ini. |
Tempat Tumpuan |
Ketik butang ini untuk menambah Tempat Tumpuan (POI) sebagai POI. Contohnya, jika anda sedang mencipta kategori POI untuk restoran kegemaran anda, gunakan opsyen ini dan bukannya memasukkan alamat restoran. |
Lokasi saya |
Ketik butang ini untuk menambah kedudukan semasa anda sebagai POI. Contohnya, jika anda berhenti di mana-mana yang menarik, anda boleh mengetik butang ini untuk membuat POI baru di lokasi semasa. |
Tempat dalam peta |
Ketik butang ini untuk mencipta POI menggunakan penyemak imbas peta. Gunakan kursor untuk memilih lokasi POI, kemudian, ketik Selesai. |
Latitud Longitud |
Ketik butang ini untuk membuat POI dengan memasukkan nilai latitud dan longitud. |
Kedudukan hentian terakhir |
Ketik butang ini untuk mencipta POI daripada kedudukan anda yang terakhir direkodkan. |
Alamat ucapan |
Ketik butang ini untuk membuat POI dengan mengatakan alamat. |
Carian tempatan |
Ketik butang ini untuk menggunakan Carian Tempatan dengan TomTom Places untuk mencari kedai dan tempat perniagaan di dalam dan sekitar lokasi semasa anda. Anda boleh memilih untuk mencari kedai dan tempat perniagaan berdekatan anda, berhampiran destinasi anda, berdekatan sebarang destinasi lain atau di sebuah bandar. Contohnya, jika anda mencari kolam renang berhampiran lokasi semasa anda, masukkan 'kolam renang' dan pilih hasil carian terbaik. |