Melapor masuk di destinasi

Anda boleh melapor masuk di destinasi menggunakan Twitter pada peranti navigasi anda.

Penting: Anda boleh menyahdaya apl ini pada bila-bila masa dan ia hanya akan menyiarkan mesej atas permintaan anda.

Untuk melapor masuk di destinasi, lakukan yang berikut:

  1. Ketik Perkhidmatan dalam Menu Utama.
  2. Ketik Twitter.

  3. Ketik Log masuk untuk mendaftar masuk ke akaun Twitter anda.

    Sebaik sahaja dilog masuk, anda boleh memilih untuk Kongsi masa ketibaan, Lapor masuk, Log keluar atau tukar Tetapan.

  4. Ketik Lapor masuk.

    Tip: Jika Tanya saya sama ada saya ingin lapor masuk ketika saya tiba di destinasi dihidupkan pada tetapan Twitter, anda akan ditanya secara automatik sama ada anda hendak melapor masuk apabila anda tiba di destinasi.

    Ketik Tukar tempat untuk menukar lokasi lapor masuk anda. Pilih lokasi baru anda dari senarai atau ketik Tambah tempat untuk menambah lokasi baru.

    Ketik Tukar mesej untuk menukar mesej lapor masuk anda. Edit mesej anda dan kemudian ketik OK.

  5. Ketik Ya untuk melapor masuk di lokasi yang ditunjukkan pada skrin.

    Anda akan nampak lokasi anda pada peta dan mesej lapor masuk semasa anda juga ditunjukkan.

  6. Jika lokasi dan mesej anda betul, ketik Lapor masuk.

    Mesej lapor masuk anda akan disiarkan menggunakan Twitter.

Penting: Sila maklum bahawa sebaik sahaja anda mendaftar masuk ke akaun Twitter menggunakan peranti navigasi TomTom anda, anda kekal terdaftar masuk sehingga anda mendaftar keluar menggunakan peranti TomTom anda. Jika kebetulan anda tidak dapat mengakses peranti TomTom anda, pergi ke www.twitter.com dan tukar tetapan atau kata laluan anda.