Menggunakan senarai POI komuniti

Anda boleh mencari koleksi POI komuniti di Internet dan memuat naik ke Tempat Saya menggunakan MyDrive dalam pelayar web. Koleksi POI mungkin mengandungi tapak perkhemahan atau restoran bagi kawasan yang anda pergi dan menyediakan cara mudah untuk memilih lokasi tanpa perlu mencari lokasi setiap kali.

Petua: Sesetengah Peranti navigasi TomTom mempunyai senarai POI yang diprapasang.

Rider menggunakan fail .OV2 untuk koleksi POI.

Nota: Rider anda memerlukan sekurang-kurangnya 400 MB ruang bebas sebelum boleh mengimport fail .OV2 dan .GPX. Jika anda melihat  mesej Anda memerlukan lebih banyak ruang, wujudkan ruang dengan memadamkan fail .OV2 atau .GPX yang tidak diingini menggunakan MyDrive atau memadamkan kandungan peranti, contohnya peta yang anda tidak gunakan.

Menggunakan fail .OV2 pada Rider anda

  1. Muat naik fail .OV2 menggunakan MyDrive pada pelayar.
  2. Pilih Tempat Saya dalam Menu Utama.

    Senarai POI anda yang baru ditunjukkan dalam senarai Tempat.

  3. Pilih senarai POI anda yang baru.

    Senarai POI anda yang baru akan dibuka dan menunjukkan semua POI dalam senarai.

    Petua: Untuk melihat lebih banyak hasil, sembunyikan papan kekunci atau tatal ke bawah senarai hasil.

    Petua: Anda boleh bertukar antara melihat hasil pada peta atau dalam senarai dengan memilih butang senarai/peta:

  4. Pilih POI daripada senarai atau pilih pandangan peta untuk melihat POI pada peta.
  5. Untuk merancang laluan ke destinasi ini, pilih Pandu.

    Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

Sentiasa tunjukkan lokasi senarai POI anda pada peta

  1. Pilih Rupa dalam menu Tetapan.
  2. Pilih Tunjukkan senarai POI pada peta.

    Anda akan melihat semua senarai POI yang disimpan pada Rider anda.

  3. Pilih senarai yang ingin anda sentiasa lihat pada peta anda.
  4. Pilih simbol untuk senarai POI anda.

  5. Kembali ke pandangan peta.
  6. Matikan Rider anda sepenuhnya, kemudian hidupkannya sekali lagi.

    Lokasi senarai POI anda ditunjukkan pada peta dengan simbol yang anda pilih.

Mengalih keluar lokasi senarai POI daripada peta

  1. Pilih Rupa dalam menu Tetapan.
  2. Pilih Tunjukkan senarai POI pada peta.

    Anda akan melihat semua senarai POI yang disimpan pada Rider anda.

  3. Pilih senarai POI yang ingin anda alih keluar daripada peta anda.

    Petua: Senarai POI ditandakan dengan simbol yang anda pilih.

  4. Pilih Sembunyikan.
  5. Kembali ke pandangan peta.
  6. Matikan Rider anda sepenuhnya, kemudian hidupkannya sekali lagi.

    Lokasi senarai POI anda telah dialih keluar daripada peta.