Untuk memuat turun kandungan dan menggunakan perkhidmatan TomTom, anda memerlukan akaun TomTom.
Anda boleh mencipta akaun menggunakan komputer anda dalam salah satu cara yang berikut:
Secara alternatif anda boleh mencipta akaun menggunakan Aplikasi TomTom MyDrive untuk Android pada telefon pintar anda. Untuk menggunakan kaedah ini, peranti anda perlu dapat menyambung kepada perkhidmatan TomTom dan anda memerlukan telefon pintar dengan pelan data daripada pembekal perkhidmatan mudah alih.
Penting: Berhati-hati apabila memilih negara semasa penciptaan akaun. Negara yang betul diperlukan jika anda membuat pembelian daripada kedai TomTom dan ia tidak boleh ditukar selepas akaun telah dicipta.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu peranti navigasi TomTom, anda memerlukan akaun yang berasingan bagi setiap peranti.