Had kelajuan bergantung pada masa

Sesetengah had kelajuan bertukar bergantung pada masa bagi hari itu. Contohnya, anda boleh melihat had kelajuan berhampiran sekolah menurun kepada 40 km/j atau 25 btj pada waktu pagi antara 08.00 - 09.00 dan pada waktu petang pada 15.00 - 16.00. Jika berkenaan, had kelajuan ditunjukkan dalam panel kelajuan bertukar untuk menunjukkan had kelajuan yang berubah-ubah ini.

Sesetengah had kelajuan bertukar bergantung pada keadaan pemanduan. Contohnya, had kelajuan akan berkurangan jika lalu lintas sibuk atau keadaan cuaca buruk. Had kelajuan yang berubah-ubah ini tidak ditunjukkan dalam panel kelajuan. Kelajuan yang ditunjukkan dalam panel kelajuan ialah had kelajuan maksimum yang dibenarkan dalam keadaan memandu yang baik.

Penting: Had kelajuan ditunjukkan dalam panel kelajuan hanya merupakan penunjuk. Anda mesti sentiasa mematuhi had kelajuan sebenar bagi jalan yang anda berada di atasnya dan keadaan semasa anda memandu.