Untuk bersedia menggunakan MyDrive Connect bagi kali pertama, lakukan yang berikut:
Pada komputer anda, buka pelayar web dan pergi ke tomtom.com/getstarted.
Nota: Gunakan kabel USB yang dibekalkan dengan Rider anda SAHAJA. Kabel USB yang lain mungkin tidak berfungsi.
Nota: Untuk peranti dengan pelekap yang berasingan, anda tidak boleh menggunakan pelekap untuk menyambung Rider anda kepada komputer anda.
Nota: Anda hendaklah memasang kabel USB terus kepada port USB pada komputer anda dan bukan kepada hab USB atau port USB pada papan kekunci atau monitor.
Apabila persediaan selesai, akaun TomTom dicipta dan Rider anda dipautkan pada akaun tersebut.
Anda kini boleh mengakses MyDrive Connect daripada kawasan pemberitahuan pada desktop anda.
MyDrive Connect bermula secara automatik selepas akaun dicipta.
Petua: Apabila anda menyambung Rider anda ke komputer anda, MyDrive Connect memberitahu anda jika terdapat sebarang kemas kini untuk Rider anda.