Merancang laluan yang menyeronokkan

Anda boleh menggunakan butang Rancang Keseronokan untuk mencipta perjalanan yang menarik dengan segera. Ini sangat berguna untuk hari apabila anda mempunyai masa lapang dan hanya memerlukan cara mudah untuk mencipta perjalanan yang menyeronokkan.

Laluan yang menyeronokkan ialah perjalanan yang termasuk jalan raya yang menarik atau mencabar dan mengurangkan laluan lebuh raya seboleh mungkin. Anda boleh memilih tahap belokan termasuk dalam perjalanan anda dan juga tahap kecerunan.

Petua: Disebabkan Rancang Keseronokan adalah untuk mencipta laluan segera, laluan yang menyeronokkan tidak dapat disimpan dalam Laluan Saya.

Petua: Secara lalainya, laluan yang menyeronokkan adalah perjalanan pergi balik, tetapi anda boleh juga merancang laluan ke destinasi jika anda mahu.