Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengelakkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.
Untuk merancang laluan menggunakan peta, lakukan perkara yang berikut:
Petua: Anda juga boleh memilih simbol peta untuk membuka menu timbul, kemudian pilih butang Pandu untuk merancang laluan ke lokasi itu.
Menu muncul menunjukkan alamat terdekat.
Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.
Petua: Anda boleh menggunakan lokasi yang anda pilih dengan cara lain, seperti menambahnya ke Tempat Saya, dengan memilih butang menu muncul.
Petua: Jika destinasi anda berada dalam zon waktu yang berbeza, anda melihat tanda tambah (+) atau tolak (-) dan perbezaan masa dalam jam dan setengah jam dalam panel maklumat ketibaan. Anggaran masa ketibaan ialah waktu tempatan di destinasi anda.
Petua: Anda boleh menambahkan hentian pada laluan yang telah anda rancang.
Petua: Anda boleh menyimpan laluan menggunakan Laluan Saya.