Merancang laluan menggunakan Tempat Saya

Untuk menavigasi ke salah satu Tempat Saya dari lokasi semasa anda, lakukan perkara yang berikut:

  1. Pilih butang Menu Utama untuk membuka Menu Utama.

  2. Pilih Tempat Saya.

    Senarai semua Tempat anda terbuka.

  3. Pilih Tempat yang anda hendak tujui, contohnya Rumah.

    Tempat pilihan anda akan ditunjukkan pada peta dengan menu muncul.

  4. Untuk merancang laluan ke destinasi ini, pilih Pandu.

    Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

    Petua: Jika destinasi anda berada dalam zon waktu yang berbeza, anda melihat tanda tambah (+) atau tolak (-) dan perbezaan masa dalam jam dan setengah jam dalam panel maklumat ketibaan. Anggaran masa ketibaan ialah waktu tempatan di destinasi anda.

    Petua: Anda boleh menambahkan hentian pada laluan yang telah anda rancang.

    Petua: Anda boleh menyimpan laluan menggunakan Laluan Saya.