CARIAN LANGKAH DEMI LANGKAH SAHAJA
Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengelakkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.
Untuk merancang laluan ke jenis POI atau POI tertentu menggunakan carian, lakukan perkara yang berikut:
Anda boleh menukar tetapan negara atau negeri dengan memilih bendera sebelum anda memilih bandar.
- Berhampiran saya.
- Di pekan atau bandar.
- Di sepanjang laluan jika anda telah merancang laluan.
- Berhampiran destinasi jika anda telah merancang laluan.
- Berhampiran tempat dalam peta jika anda telah memilih tempat dalam peta.
- Berhampiran titik berlepas jika anda telah merancang laluan atau trek.
Petua: Jika anda tekan dan tahan kekunci huruf pada papan kekunci, anda boleh mengakses aksara tambahan jika tersedia. Contohnya, tekan dan tahan huruf "e" untuk mengakses aksara 3 e è é ê ë dan banyak lagi.
Anda boleh mencari jenis POI (Tempat Tumpuan), seperti restoran atau tempat tarikan pelancong. Secara alternatif, anda boleh mencari POI khusus, contohnya "Rosie's Pizzeria".
Semasa anda menaip, cadangan berdasarkan perkara yang anda masukkan akan ditunjukkan.
Lokasi ditunjukkan pada peta.
Anda melihat maklumat lanjut tentang POI seperti nombor telefon, alamat penuh dan e-mel.
Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.
Petua: Jika destinasi anda berada dalam zon waktu yang berbeza, anda melihat tanda tambah (+) atau tolak (-) dan perbezaan masa dalam jam dan setengah jam dalam panel maklumat ketibaan. Anggaran masa ketibaan ialah waktu tempatan di destinasi anda.
Petua: Anda boleh menambahkan hentian pada laluan yang telah anda rancang.
Petua: Anda boleh menyimpan laluan menggunakan Laluan Saya.