Merancang laluan ke POI

CARIAN PANTAS SAHAJA

Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengelakkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.

Untuk merancang laluan ke jenis POI atau POI (Tempat Tumpuan) tertentu menggunakan carian, lakukan perkara yang berikut:

  1. Pilih butang Menu Utama untuk membuka Menu Utama.

  2. Pilih Carian.

    Skrin carian terbuka dengan papan kekunci ditunjukkan.

  3. Gunakan papan kekunci untuk memasukkan nama tempat yang anda ingin merancang laluan ke situ.

    Petua: Jika anda tekan dan tahan kekunci huruf pada papan kekunci, anda boleh mengakses aksara tambahan jika tersedia. Contohnya, tekan dan tahan huruf "e" untuk mengakses aksara 3 e è é ê ë dan banyak lagi.

    Anda boleh mencari jenis POI (Tempat Tumpuan), seperti restoran atau tempat tarikan pelancong. Secara alternatif, anda boleh mencari POI khusus, contohnya "Rosie's Pizzeria".

    Nota: Apabila membuat carian, seluruh peta akan dicari. Jika anda ingin mengubah cara membuat carian, pilih butang jenis carian kemudian pilih pilihan carian.

  4. Semasa anda menaip, cadangan berdasarkan pada apa yang anda masukkan ditunjukkan dalam lajur. Anda boleh terus menaip atau memilih cadangan.

    Petua: Untuk melihat lebih banyak hasil, sembunyikan papan kekunci atau tatal ke bawah senarai hasil.

    Petua: Anda boleh bertukar antara melihat hasil pada peta atau dalam senarai dengan memilih butang senarai/peta:

  5. Pilih jenis POI atau POI berasingan. Jika anda telah memilih jenis POI, pilih POI.

    Lokasi ditunjukkan pada peta.

  6. Untuk melihat maklumat lanjut tentang POI, pilih POI pada peta kemudian pilih butang menu timbul. Pilih Maklumat Lanjut pada menu muncul.

    Anda melihat maklumat lanjut tentang POI seperti nombor telefon, alamat penuh dan e-mel.

  7. Untuk merancang laluan ke destinasi ini, pilih Pandu.

    Laluan dirancang kemudian panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

    Petua: Jika destinasi anda berada dalam zon waktu yang berbeza, anda melihat tanda tambah (+) atau tolak (-) dan perbezaan masa dalam jam dan setengah jam dalam panel maklumat ketibaan. Anggaran masa ketibaan ialah waktu tempatan di destinasi anda.

    Petua: Anda boleh menambahkan hentian pada laluan yang telah anda rancang.

    Petua: Anda boleh menyimpan laluan menggunakan Laluan Saya.