Log masuk ke MyDrive

Anda mestilah log masuk ke MyDrive untuk menyegerak ke akaun TomTom anda. Apabila anda log masuk ke akaun anda daripada peranti navigasi, pelayar web atau aplikasi MyDrive anda, penyegerakan dengan akaun TomTom anda berlaku secara automatik.

Log masuk ke MyDrive pada Rider anda

  1. Dalam Menu Utama, pilih Perkhidmatan TomTom.
  2. Pilih MyDrive.
  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk akaun TomTom anda.
  4. Pilih Log Masuk.

    Rider anda bersambung kepada akaun TomTom anda.

  5. Kembali ke pandangan peta.

    Rider anda secara automatik menyimpan maklumat navigasi peribadi anda kepada akaun TomTom anda.

Log masuk ke MyDrive menggunakan pelayar web atau aplikasi MyDrive

Log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan akaun TomTom anda. Apabila anda dilog masuk, anda boleh melihat maklumat navigasi peribadi anda daripada peranti navigasi dan anda boleh memilih destinasi dan mencipta Tempat untuk disegerakkan dengan peranti navigasi anda.