Import laluan dan trek menggunakan Bluetooth

Anda boleh mengimport dua jenis fail daripada peranti didayakan Bluetooth ke TomTom Rider anda:

Untuk mengimport satu atau lebih banyak laluan dan trek, lakukan perkara berikut:

  1. Dalam Menu Utama, pilih Laluan Saya.

    Bluetooth didayakan pada Rider anda.

  2. Dayakan Bluetooth pada peranti yang anda ingin import trek daripadanya.
  3. Gunakan aplikasi pengurus fail untuk mencari fail trek atau laluan pada peranti.
  4. Pilih fail yang anda mahu hantar, kemudian kongsikan fail menggunakan Bluetooth.

    Nota: Prosedur untuk berkongsi fail mungkin berbeza-beza pada setiap peranti.

    Nota: Sesetengah peranti Android tidak menyokong perkongsian fail Bluetooth untuk fail GPX atau ITN tanpa menggunakan aplikasi perkongsian fail Bluetooth. Aplikasi ini tersedia dalam Gedung Google Play.

  5. Pilih TomTom Rider anda dari senarai peranti yang tersedia.
  6. Pada Rider anda, pilih Terima untuk menerima trek melalui Bluetooth.

    Trek diterima dan diimport.

  7. Pilih OK.

    Laluan dan trek anda yang diimport ditunjukkan dalam Laluan Saya.