Mengimport senarai POI komuniti

Anda boleh mencari koleksi POI komuniti dalam Internet dan memuatnya naik ke Tempat Saya menggunakan MyDrive dalam pelayar web. Koleksi POI mungkin mengandungi tapak perkhemahan atau restoran bagi kawasan yang anda pergi dan menyediakan cara mudah untuk memilih lokasi tanpa perlu mencari lokasi setiap kali.

Petua: Sesetengah Peranti navigasi TomTom mempunyai senarai POI yang diprapasang.

Rider menggunakan fail .OV2 untuk koleksi POI.

Nota: Rider anda memerlukan sekurang-kurangnya 400 MB ruang bebas sebelum boleh mengimport fail .OV2 dan .GPX. Jika anda melihat  mesej Anda memerlukan lebih banyak ruang, wujudkan ruang dengan memadamkan fail .OV2 atau .GPX yang tidak diingini menggunakan MyDrive atau memadamkan kandungan peranti, contohnya peta yang anda tidak gunakan.

Untuk memuat naik fail .OV2 ke Rider, lakukan yang berikut:

  1. Dalam pelayar web, log masuk ke akaun TomTom anda.
  2. Pilih Fail POI dalam menu Tempat Saya.
  3. Pilih Import Fail POI dan layari ke fail .OV2 anda.

    Petua: Nama senarai tempat dalam Tempat Saya akan kekal sama seperti nama fail .OV2. Edit nama fail agar anda dapat mengenalinya dengan mudah dalam Tempat Saya.

  4. Pastikan anda dilog masuk ke MyDrive pada Rider.

    Rider anda menyegerak dengan akaun TomTom dan menerima fail POI baru.

    Nota: Sesetengah fail .OV2 adalah besar dan mengambil masa yang lama untuk dimuat naik. Pastikan anda menyegerakkan Rider sebelum anda mula memandu.

  5. Pilih Tempat Saya dalam Menu Utama.

    Senarai POI anda yang baru ditunjukkan dalam senarai Tempat.

  6. Pilih senarai POI anda yang baru.

    Senarai POI anda yang baru akan dibuka dan menunjukkan semua POI dalam senarai. Pilih pandangan peta untuk melihat POI pada peta.