Mencari laluan alternatif

Penting: Untuk keselamatan dan untuk mengelakkan gangguan semasa anda memandu, anda perlu sentiasa merancang laluan sebelum anda memulakan pemanduan.

Untuk mencari laluan alternatif, lakukan perkara yang berikut:

  1. Rancang laluan seperti biasa.
  2. Pada pandangan peta, pilih laluan tersebut.
  3. Pilih butang menu muncul untuk membuka menu.
  4. Pilih Laluan Alternatif kemudian pilih Cari alternatif.

    Sebanyak tiga laluan alternatif ditunjukkan pada pandangan peta. Setiap laluan alternatif menunjukkan perbezaan masa perjalanan dalam belon. Anda juga boleh memilih butang km/batu untuk menunjukkan perbezaan dalam jarak.

    Petua: Maklumat daripada TomTom Traffic digunakan apabila mengira laluan alternatif. Sebarang laluan yang 50% lebih lama daripada laluan asal tidak ditunjukkan.

  5. Pilih laluan pilihan anda dengan mengetik pada belon masa.

    Panduan ke destinasi anda bermula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.

Nota: Terdapat dua cara lain untuk mencari laluan alternatif:

1. Pilih Laluan Semasa dalam Menu Utama, diikuti dengan Cari Alternatif.

2. Jika peranti anda ada kawalan suara, sebut "Cari alternatif".