Mengelakkan ciri di laluan

Anda boleh memilih untuk mengelakkan beberapa ciri yang ada pada laluan terancang semasa anda. Anda boleh mengelakkan ciri laluan berikut:

Nota: Lorong kongsi kereta kadang-kala dikenali sebagai Lorong Kenderaan Kependudukan Tinggi (Lorong Kongsi Kereta) dan tidak wujud di setiap negara. Untuk berjalan di lorong ini, mungkin kereta anda perlu mempunyai lebih daripada seorang di dalam kereta, contohnya, atau kereta mungkin perlu menggunakan bahan api mesra alam sekitar.

Jika anda memilih untuk mengelakkan ciri laluan, laluan baru dirancang.

Dalam Perancangan Laluan dalam Menu Tetapan, anda boleh menetapkan cara setiap ciri laluan dikendalikan apabila laluan baru dirancang.

Untuk mengelakkan ciri di laluan anda, lakukan perkara yang berikut.

  1. Pilih butang Menu Utama untuk membuka Menu Utama.

  2. Pilih Laluan Semasa.

  3. Pilih Elakkan jalan tol dan Banyak Lagi.

    Skrin terbuka menunjukkan senarai ciri yang boleh anda elakkan. Ciri yang ditemui pada laluan anda diserlahkan.

  4. Pilih ciri yang ingin anda elakkan.
  5. Pilih OK.

    Laluan baru yang mengelakkan ciri laluan ditemui. Laluan baru ditunjukkan pada pandangan peta.

    Nota: Laluan alternatif di sekeliling ciri laluan tidak dapat ditemui jika tidak wujud.

    Panduan ke destinasi anda disambung semula. Sebaik sahaja anda mula memandu, pandangan panduan akan ditunjukkan secara automatik.