Panduan Lorong Lanjutan

Nota: Panduan lorong tidak tersedia untuk semua simpang atau di semua negara.

Panduan lorong lanjutan membantu anda bersedia untuk jalan keluar lebuh raya dan simpang dengan menunjukkan lorong pemanduan yang betul untuk laluan anda yang dirancang.

Apabila anda menghampiri jalan keluar atau simpang, lorong yang anda perlukan akan ditunjukkan pada skrin.

Petua: Untuk menutup imej lorong, pilih mana-mana bahagian pada skrin.

Anda boleh memilih untuk melihat skrin pisah dengan Pandangan panduan di sebelah kiri dan panduan lorong di sebelah kanan atau skrin penuh dengan panduan lorong sahaja. Anda juga bole mematikan panduan lorong. Pergi ke Rupa dalam Tetapan untuk mengubah tetapan Pratonton jalan keluar lebuh raya.