Perihal zon bahaya dan zon berisiko

Perkhidmatan Zon Bahaya memberi anda amaran tentang zon bahaya dan zon berisiko pada laluan anda semasa anda di Perancis.

Sejak 3 Januari 2012, penerimaan amaran mengenai kedudukan kamera kelajuan tetap atau mudah alih apabila anda memandu di Perancis adalah salah di sisi undang-undang. Sebagai mematuhi perubahan dalam undang-undang Perancis ini, lokasi kamera kelajuan tidak lagi dilaporkan tetapi sebaliknya, kawasan bahaya dinyatakan sebagai zon bahaya dan zon berisiko.

Penting: Di luar negara Perancis, anda menerima amaran mengenai kamera kelajuan. Di dalam negara Perancis, anda menerima amaran mengenai zon bahaya dan zon berisiko. Apabila anda merentasi sempadan, jenis amaran yang anda terima berubah.

Zon bahaya ialah zon yang ditentukan oleh undang-undang Perancis. Zon berisiko ialah zon bahaya sementara yang dilaporkan oleh pengguna. Perkhidmatan Zon Bahaya memberi anda amaran mengenai kedua-dua zon bahaya dan zon berisiko dengan cara yang sama.

Zon bahaya dan zon berisiko mungkin atau mungkin tidak mengandungi satu atau lebih kamera kelajuan atau rangkaian bahaya pemanduan lain:

Maklumat mengenai lokasi zon akan dikemas kini secara berterusan oleh TomTom dan pengguna lain dan dihantar dengan kerap ke Rider anda agar anda sentiasa mempunyai maklumat terkini. Anda juga boleh memberikan sumbangan dengan melaporkan lokasi zon berisiko baru.

Untuk mendapatkan perkhidmatan TomTom pada Rider anda, anda mesti disambungkan kepada perkhidmatan TomTom dan dilog masuk ke akaun TomTom.

Nota: Anda tidak boleh mengalih keluar zon bahaya atau zon berisiko.

Nota: Perkhidmatan TomTom tidak tersedia pada semua peranti Rider.

Nota: Sesetengah perkhidmatan TomTom mungkin tidak tersedia di lokasi semasa anda.