Tempat Saya menyediakan cara mudah untuk memilih lokasi tanpa perlu mencari lokasi pada setiap kali. Anda boleh menggunakan Tempat Saya untuk mencipta koleksi alamat yang berguna atau kegemaran.
Petua: Istilah "kegemaran" dan "tempat" bermaksud perkara yang sama - kegemaran merupakan tempat yang anda kerap pergi.
Item berikut sentiasa ada dalam Tempat Saya:
Anda boleh terus menambah lokasi ke Tempat Saya dalam Tempat Saya, dengan memilih lokasi daripada peta, dengan mencari lokasi atau dengan menandakan lokasi.
Anda boleh memuat naik senarai POI komuniti menggunakan TomTom MyDrive dan memilih untuk menunjukkan lokasi POI pada peta.
Lokasi rumah anda, lokasi tempat kerja, lokasi bertanda dan lokasi yang telah anda tambahkan akan muncul pada senarai dalam Tempat Saya dan ditunjukkan dengan penanda pada peta.