Perihal MyDrive Connect

MyDrive Connect ialah aplikasi berasaskan desktop yang membantu anda mengurus kandungan dan perkhidmatan TomTom Rider anda. Contohnya, anda boleh menggunakan MyDrive Connect untuk mendapatkan kemas kini peta, kemas kini perisian atau menguruskan akaun TomTom anda.

Anda juga boleh menguruskan peranti yang dikaitkan dengan akaun anda menggunakan MyDrive Connect.

Nota: Anda boleh mengaitkan sebanyak sepuluh peranti TomTom dengan satu akaun TomTom.

Anda digalakkan untuk kerap menyambungkan Rider anda ke MyDrive Connect untuk memastikan anda sentiasa mendapat kemas kini yang terkini.

Penting: Pada model peranti START 42/52, START 40/50/60 dan GO 51/61, skrin sengaja dimalapkan apabila anda menyambung peranti anda kepada komputer anda.

Petua: Kami mengesyorkan anda menggunakan sambungan Internet jalur lebar apabila anda menyambungkan Rider anda ke MyDrive Connect.

Petua: Jika anda mempunyai peranti navigasi yang serasi, anda boleh juga menggunakan TomTom MyDrive untuk menetapkan destinasi, berkongsi lokasi dan kegemaran dan menyimpan maklumat navigasi peribadi anda.