Mengendalikan hasil carian

CARIAN PANTAS SAHAJA

Hasil carian anda ditunjukkan dalam dua lajur.

Padanan alamat dan bandar raya ditunjukkan dalam lajur sebelah kiri, manakala POI, jenis POI dan Tempat ditunjukkan dalam lajur sebelah kanan. Destinasi terkini dan tempat yang disimpan juga ditunjukkan dalam hasil carian anda.

Petua: Untuk melihat lebih banyak hasil, sembunyikan papan kekunci atau tatal ke bawah senarai hasil.

Petua: Anda boleh bertukar antara melihat hasil pada peta atau dalam senarai dengan memilih butang senarai/peta:

Apabila anda memilih alamat daripada senarai hasil carian, anda boleh memilih untuk menunjukkannya pada peta, menambahkan persimpangan atau merancang laluan ke lokasi yang dipilih. Untuk mendapatkan alamat tepat anda boleh menambahkan nombor rumah.

Jika anda menunjukkan hasil pada peta, anda boleh menggunakan menu muncul untuk menambahkan lokasi ke Tempat Saya. Jika laluan telah dirancang, anda boleh menambahkan lokasi pada laluan semasa anda.

Nota: Hasil carian terbaik akan ditunjukkan pada peta. Apabila anda zum masuk, hasil carian bahagian bawah akan ditunjukkan secara beransur-ansur.