Tetapan pantas memudahkan anda untuk menggunakan pelbagai tetapan semasa anda memakai sarung tangan.
Untuk menggunakan tetapan pantas, pilih butang tetapan pantas dalam menu utama, pandangan peta atau pandangan panduan.
Anda melihat skrin dengan butang besar dan kawalan kelantangan:
Butang ini menunjukkan bahawa anda akan mendengar arahan percakapan. Pilih butang ini untuk mematikan arahan percakapan. Anda tidak akan mendengar arahan laluan pertuturan lagi tetapi anda masih akan mendengar maklumat seperti maklumat lalu lintas dan bunyi amaran. Petua: Anda boleh memilih jenis arahan yang anda ingin dengar. Pilih Suara dalam Menu Tetapan dan pilih arahan yang anda ingin dengar. |
|
Butang ini menunjukkan bahawa anda tidak akan mendengar arahan percakapan. Pilih butang ini untuk menghidupkan arahan percakapan. |
|
Butang ini menunjukkan bahawa paparan menggunakan warna siang. Pilih butang ini untuk mengurangkan kecerahan skrin dan memaparkan peta dengan warna yang lebih gelap. Semasa memandu pada waktu malam atau semasa memandu melalui terowong gelap, adalah lebih mudah untuk melihat skrin dan mengurangkan gangguan kepada pemandu jika kecerahan skrin digelapkan. Petua: Peranti anda bertukar secara automatik antara warna siang dan malam bergantung pada masanya pada hari tersebut. Untuk mematikan ciri ini, pilih Rupa, kemudian Paparan dalam menu Tetapan dan matikan Tukar kepada warna malam apabila gelap. |
|
Butang ini menunjukkan bahawa paparan menggunakan warna malam. Pilih butang ini untuk menambah kecerahan skrin dan memaparkan peta dengan warna yang lebih cerah. |
|
Butang ini menunjukkan bahawa anda akan menerima mesej. Pilih butang ini untuk mematikan mesej untuk sesi semasa anda. Petua: Anda juga boleh mematikan atau menghidupkan mesej secara kekal menggunakan menu tetapan Bluetooth. |
|
Butang ini menunjukkan bahawa anda tidak akan menerima mesej. Pilih ini untuk menghidupkan mesej sekali lagi bagi sesi semasa anda. Petua: Anda juga boleh mematikan atau menghidupkan mesej secara kekal menggunakan menu tetapan Bluetooth. |
|
Apabila memakai sarung tangan, pilih butang tambah (+) dan tolak (-) di bawah gelangsar kelantangan untuk menukar kelantangan dan bukannya cuba untuk menggerakkan gelangsar dengan sarung tangan. Penting: Apabila menggunakan set kepala, kawalan kelantangan mungkin tidak tersedia kerana set kepala anda tidak menyokong kawalan kelantangan jauh. Dalam kes ini, gunakan butang kawalan kelantangan pada set kepala tersebut untuk mengubah kelantangan. |